Friday, April 3, 2009

TANDA BUTA MATAHATI

Kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, di samping kelalaian terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanatkan kepadamu, membukti butanya mata hatimu.

"Beberapa banyak binatang yang melata yang tidak sanggup membawa rezekinya (makanan keperluannya), Allah yang menjamin rezekinya, juga terhadap kamu." (al-Ankabut:60)

"Perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, kami tidak menuntut kamu supaya mencari, kami yang menjamin rezekimu, dan akibat bagi orang yang bertaqwa " (Thaha 132)

Kerjakan apa yang menjadi kewajipanmu terhadap kami dan kami melengkapi bagimu bahagian kami. Di sini ada dua: Satu, yang dijamin oleh Allah, maka jangan menuduh terhadap Allah. Kedua yang dituntut oleh Allah, maka jangan kau abaikan.

"Hambaku, taatilah semua perintahKu, dan jangan memberitahu kepadaKu apa yang baik bagimu"

Mengapakah orang-orang mengagungkan orang yang kaya, pemboros dan menghina ahli-ahli ibadat dan mengikuti tuntutan Quran hanya yang sesuai dengan hawa nafsu mereka, sedang yang tidak sesuai dengan hawa nafsunya ditinggalkan, pada hal yang demikian itu bererti mempercayai sebahagian kitab Allah, dan mengabaikan terhadap sebahagian isi kitab Allah. Mereka berusaha untuk mencapai apa-apa yang dapat dicapai tanpa usaha iaitu bahagian yang pasti tiba dan ajal yang tertentu, dan rezeki yang menjadi bahagiannya, tetapi tidak berusaha untuk mencapai apa yang tidak dapat dicapai kecuali dengan usaha, iaitu pahala-pahala yang besar dan amal-amal ibadat dan dagangan yang tidak akan rosak.

Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan apa yang diamanahkan kepadamu.

Oleh sebab itu, maka siapa yang berusaha untuk mencapai apa yang sudah dijamin, dan mengabaikan apa yang ditugaskan kepadanya, maka bererti buta mata hatinya, kerana sangat bodohnya.

Wednesday, April 1, 2009

PENDEKATAN PENGABDIAN PADA KHALIQ

Dari Terjemahan Al-Hikam

Perjuangan Tidak Mengubah Takdir

Kekerasan semangat/perjuangan itu, tidak dapat menembus tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luar biasa daripada seorang wali itu, tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.

Firman Allah : " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur seisi alam (At-Takwir:29)

"Dan tiada kamu menghendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah. Sungguh Alah Maha Mengetahui lagi Bijaksana" (Al Insaan:30)

Istirehatkan dirimu/fikiranmu daripada kerisauan mengatur keperluan duniamu, sebab apa yang sudah dijamin/diselesaikan oleh lainmu, tidak usah kau sibuk memikirkannya.

Sebagai seorang hamba wajib dan harus melulu mengenal kewajipan, sedang jaminan upah ada di tangan majikan, maka tidak perlu risau untuk memikirkan bagi mengatur, kerana khuatir kalau apa yang telah dijamin itu tidak tiba, atau terlambat, sebab ragu terhadap jaminan Allah tanda kurangnya iman.