Monday, March 23, 2009

MENCARI JALAN PULANG

Dalam kita melalui 39 - 45 tahun , yang seusia dengan saya, saya ingin berkongsi pengalaman dan hala tuju yang perlu kita lakukan dengan membantu melahirkan generasi bangsa yang berilmu bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar pada masa depan. Ibu bapa yang lingkungan umur yang saya sebut tadi perlu bersama-sama membantu melahirkan warga negara, dunia dan ummah yang mempunyai jati diri islam yang kukuh.

Proses awal dalam membuat penilaian, kita perlu renungkan tentang diri kita yang telah melalui pendidikan negara sehingga mencapai tahap dan kemampuan yang telah menjadi takdir buat kita pada masa ini. Apakah pendidikan yang kita lalui yang bercampur dengan ilmu dunia dan akhirat dapat kita gunapakai dalam mendidik anak-anak kita kearah pendidikan yang betul mengikut kehendak islam. Renungan dengan mata hati....

Kita generasi ibu bapa baru inilah yang akan membentuk wajah baru negara. Pincang dalam pendidikan yang diberikan hari ini akan membawa kita kearah kemusnahan seperti mana kita dapat lihat bagaimanakah allah s.w.t telah menghancurkan manusia yang angkuh & sombong dengan bencana yang ditimpa keatas mereka. Sesungguhnya janji allah s.w.t itu benar...

Saya melalui pendidikan saya bermula tahun 1975 sehingga 1992 (saya bergraduat). Dalam saya melalui hidup dengan bekalan ilmu dunia dan sedikit ilmu agama dan nasihat yang diberikan oleh orang tua saya untuk melalui hidup ini. Dan sekarang tahun 2009 saya telah melalui hidup ini selama 41 tahun. Hidup yang diberikan allah s.w.t kepada saya tidaklah susah dan juga senang daripada kecil saya sebenarnya dididik sentiasa redha terhadap pemberianNya.
Sekarang saya mempunyai 4 cahaya mata. Inilah harta saya yang menjadi amanah allah s.w.t untuk saya bentuk menjadi manusia yang berguna.

Selama 18 tahun melangkah menjalankan kehidupan secara sendiri t, saya mula terfikir di dalam kalbu, siapakah saya dan kemanakah halatuju kita semua.........

kepada sahabat muslim yang melebihi 41 tahun yang ingin mencari jalan pulang yang sempurna boleh lah berkongsi pandangan bersama saya seorang hamba..

Langkah awal kepada yang berminat untuk mencari jalan pulang yang sempurna..kita perlu mencari ilmu dengan lebih mendalam. Kita perlu berpegang teguh kepada al-quran, hadis & sunnah rasullah..yang seiring dengan ahli sunnah wal jemaah.

Tindakan Awal Yang Perlu Dilakukan oleh Sahabatku:

1. Baca lah tafsir kalam allah (al-quran sehingga) dalam bahasa yang kamu tahu. Bacalah tafsir al-quran tersebut sehingga habis. Apabila sahabat telah menghayati isi kandungan al-quran dengan sedalam-dalamnya maka sahabat akan menemui maksud dalam kalam allah itu. Apa yang dinyatakan dalam kalam allah itu adalah yang benar semuanya. Jika kita meraguinya walaupun satu zarah maka rosaklah keseluruhan akidah kita.

Diingatkan bahawa bacaan dalam bahasa arab perlu dipelajari.

1 comment: